Rabu, 2 Mac 2016
Akikah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan terhadap kanak-kanak baru lahir
Syukur Alhamdulillah kerana
dengan limpah kurniaNya Yayasan Islam Terengganu telah dapat menerbitkan sebuah
buku kecil yang berada di tangan anda ini, ianya mudah dibaca dan difahami isi
kandungannya. Seterusnya diharap isi kandungan buku ini dapat dilaksanakan
dalam kehidupan sebagai seorang muslim bagi yang memerlukannya atau sebagai
menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Pada
zaman teknologi maklumat di hujung jari ini, manusia terdedah dengan berbagai
maklumat dari alam maya tanpa batas sempadan dan budaya. Bagi sesetengah umat
Islam tanpa segan silu, mereka mengamalkan apa yang mereka dapati tanpa
meneliti adakah ianya bersesuaian dengan kehendak Islam atau sebaliknya apabila
menyambut kelahiran anak.
Sedangkan
syariat Islam telah menjelaskan segala hukum yang bersangkutan dengan anak yang
baharu lahir. Begitu juga apa yang berhubung dengannya dari segi
prinsip-prinsip pendidikan, yang penting bagi ibu bapa sebagai pendidik perlu
mempunyai ilmu pengetahuan, boleh memahami dengan baik serta mempunyai petunjuk
dan hidayat dalam melaksanakan segala kewajipan terhadap anaknya yang baru
lahir.
Dengan
adanya buku "Akikah dan Perkara-perkara Yang
Berkait Dengan Kanak-kanak Baru Lahir"
ini, setiap ibu bapa atau penjaga dapat melaksanakan tuntutan Islam terhadap
anak yang baru lahir sebagaimana yang dikehendaki dalam syariat Islam dengan
sempurna, berdasarkan asas-asas yang telah ditentukan oleh Islam dan juga
mengikut prinsip-prinsip yang telah dicorakkan oleh pendidik pertama iaitu
Muhammad s.a.w..
Langgan:
Catatan (Atom)