Isnin, 7 Disember 2015



Setiap perkara mempunyai sesuatu yang terserlah, manakala keterserlahan hati adalah ingat kepada Allah seberapa banyaknya. Kehidupan seseorang Muslim ia sentiasa berubah-ubah di antara nikmat yang mewajibkan ia bersyukur dan bala yang menyeru kepada kesabaran, dosa dihapuskan dengan istighfar dan kesemuanya itu terhimpun dan dimiliki oleh zikir. Ia mendatangkan nikmat, menolak sengsara, menolak kedukaan, menghidupkan hati, menjauhkan syaitan dan mendapat keredaan ar-Rahman. Zikir adalah ibadat yang sangat mudah, lebih diharapkan, lebih mudah bertambah dan berharga amalan-amalan. Dari itu, orang muslim akan sentiasa berzikir kepada Tuhannya dalam semua keadaan, dengan hatinya, lidah dan perbuatannya. Dalam bentuk berfikir, merenung, ucapan, pengakuan, amalan dan dalam bentuk jihad.

Sesungguhnya Allah, Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi telah memberi taufik kepada saudara kita yang mulia, Muhammad Hasan untuk membaik serta memudahkan  ingatan kepada Allah, ia patut dipuji bersama-sama dengan bukunya. Saya memohon kepada Allah agar ia dapat memanfaatkan saya sendiri dan semua orang-orang muslim dengan melazimkan zikir kepada Allah, Tuhan sekalian alam, dan supaya Dia menjadikan kita semua terdiri daripada golongan yang beriman dan tenang hati mereka dengan berzikir kepada Allah sebagaimana firman Allah:
)  أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ( ] الرعد: 28[.
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
.......................teruskan bacaan dari buku ini untuk maklumat seterusnya...

Isnin, 26 Oktober 2015

Adab-adab seorang Muslim dalam sehari semalam


Di antara intipati dari buku ini
......................................
Sabda Rasulullah r:
عن أنس بن مالك قال : دخل عليه قوم يعودونه  في مرض له، فقال : يا جارية هلمي لأصحابنا ولو بسرا، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « مكارم الأخلاق من أعمال الجنة»[1].
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik t katanya: Satu kaum telah masuk menziarahinya ketika beliau sedang sakit, lalu beliau berkata: Wahai jariah berikanlah kepada sahabat-sahabat kami walaupun sebutir putik kurma kerana saya mendengar Rasulullah r bersabda: Kemuliaan akhlak adalah amalan-amalan syurga.
Sabda Rasulullah r:
فقام أبو بردة بن نيار، فقال: يا رسول الله, الله عز وجل يحب مكارم الأخلاق؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « والذي نفسي بيده، لا يدخل الجنة أحد إلا بحسن الخلق »[2].
Maksudnya:
Abu Burdah bin Niar bangun lalu berkata, wahai Rasulullah r, Allah Azza wajalla menyukai kemuliaan akhlak? Rasulullah r bersabda: Demi jiwaku dalam gengamanNya, tidak masuk syurga seseorang itu melainkan dengan berakhlak baik.

Sabda Rasulullah r:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ.[3]
Maksudnya:
Daripada Jabir t bahawa Rasulullah r bersabda: "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling baik. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolokkan manusia)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab: "Iaitu orang-orang yang sombong."

Daripada hadis-hadis yang dinyatakan di atas, terbukti bahawa akhlak dan adab mulia sangat dituntut dalam syariat Islam. Ianya termasuk amalan syurga. Orang yang berakhlak atau beradab mulia sangat dekat dengan Rasulullah r. Manakala adab-adab dan akhlak mulia itu hendaklah dicontohi daripada Rasulullah r kerana ianya datang daripada Allah Ta'ala. Disamping itu, kita juga diperintahkan untuk mengikut baginda dan itu adalah sebaik-baik ikutan. Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, firman Allah...........seterusnta sila dapatkan buku ini agar dapat dimanfaatkan......


[1] المعجم الأوسط للطبراني
[2] دلائل النبوة للبيهقي
[3] سنن الترمذي

Khamis, 10 September 2015

Sembahyanglah kamu sebelum

Buku ini mengaitkan ibadah sembahyang dengan lain-lain amalan bagi keperluan hidup sebagai hamba Allah Ta'ala di atas muka bumi ini.

Ibadah sembahyang merupakan tanda ketaatan dan kesyukuran kita terhadap Allah Ta'ala yang telah melimpahkan berbagai-bagai kenikmatan dan rahmat. Bahkan sememangnya kita diciptakan adalah untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Az-Zariyat:56.

Sesungguhnya ibadah sembahyang adalah ibadah yang utama dan yang terakhir akan ditinggal oleh manusia, ia juga yang mula-mula sekali akan dihisabkan oleh Allah Ta'ala di akhirat kelak. Jika sempurna sembahyangnya nescaya ia berbahagia dan beruntunglah. Sebaliknya jika tidak sempurna ia akan menyesal dan rugilah.

Sabda Rasulullah r:
عَنْ حُرَيْثِ بْنِ قَبِيصَةَ قَالَ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فَقُلْتُ اللَّهُمَّ يَسِّرْ لِي جَلِيسًا صَالِحًا قَالَ فَجَلَسْتُ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ إِنِّي سَأَلْتُ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِي جَلِيسًا صَالِحًا فَحَدِّثْنِي بِحَدِيثٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَنْفَعَنِي بِهِ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ[1]
Maksudnya:
Daripada Huraits bin Qabishah ia berkata; "Aku datang ke Madinah, lalu aku berdoa, "Ya Allah, mudahkanlah aku untuk mendapat teman soleh." Huraits bin Qabishah berkata; "Lalu aku dapat berteman dengan Abu Hurairah, aku kemudian berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku telah meminta kepada Allah agar memberiku rezeki seorang teman yang soleh, maka bacakanlah kepadaku hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah r semoga dengannya Allah memberiku manfaat." Maka Abu Hurairah pun berkata; "Aku mendengar Rasulullah r bersabda: "Pada hari Kiamat nanti, yang pertama akan dihisab oleh Allah atas amalan seorang hamba adalah sembahyangnya, jika sembahyangnya baik maka ia akan beruntung dan selamat, tetapi jika sembahyangnya rosak maka ia akan rugi. 

Begitulah kelebihan ibadah sembahyang, jika ia dikerjakan dengan sebaik-baiknya dan sempurna apatah lagi jika ia dikerjakan secara berjemaah. Sememangnya sembahyang berjemaah adalah simbol atau tanda kekuatan perpaduan umat Islam dan sebagai syiar agama Islam di sesuatu tempat.

Oleh itulah Rasulullah r menitikberatkan supaya sembahyang itu didirikan secara berjemaah kerana pahalanya berlipat ganda berbanding dengan hanya bersendirian.

Rasulullah r bersabda dalam sebuah hadis:.............................seterusnya sila dapatkan buku ini untuk maklumat lanjut....


[1] سنن الترمذي