Setiap perkara mempunyai sesuatu yang terserlah, manakala
keterserlahan hati adalah ingat kepada Allah seberapa banyaknya. Kehidupan
seseorang Muslim ia sentiasa berubah-ubah di antara nikmat yang mewajibkan ia
bersyukur dan bala yang menyeru kepada kesabaran, dosa dihapuskan dengan
istighfar dan kesemuanya itu terhimpun dan dimiliki oleh zikir. Ia mendatangkan
nikmat, menolak sengsara, menolak kedukaan, menghidupkan hati, menjauhkan
syaitan dan mendapat keredaan ar-Rahman. Zikir adalah ibadat yang sangat mudah,
lebih diharapkan, lebih mudah bertambah dan berharga amalan-amalan. Dari itu,
orang muslim akan sentiasa berzikir kepada Tuhannya dalam semua keadaan, dengan
hatinya, lidah dan perbuatannya. Dalam bentuk berfikir, merenung,
ucapan, pengakuan, amalan dan dalam bentuk jihad.
Sesungguhnya Allah, Yang
Maha Berkat dan Maha Tinggi telah memberi taufik kepada saudara kita yang
mulia, Muhammad Hasan untuk membaik serta memudahkan ingatan kepada Allah, ia patut dipuji bersama-sama
dengan bukunya. Saya memohon kepada Allah agar ia dapat memanfaatkan saya
sendiri dan semua orang-orang muslim dengan melazimkan zikir kepada Allah,
Tuhan sekalian alam, dan supaya Dia menjadikan kita semua terdiri daripada golongan
yang beriman dan tenang hati mereka dengan berzikir kepada Allah sebagaimana firman Allah:
) أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
( ] الرعد: 28[.
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,
tenang tenteramlah hati manusia.
.......................teruskan bacaan dari buku ini untuk maklumat seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan