Rabu, 2 Mac 2016

Akikah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan terhadap kanak-kanak baru lahir


Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya Yayasan Islam Terengganu telah dapat menerbitkan sebuah buku kecil yang berada di tangan anda ini, ianya mudah dibaca dan difahami isi kandungannya. Seterusnya diharap isi kandungan buku ini dapat dilaksanakan dalam kehidupan sebagai seorang muslim bagi yang memerlukannya atau sebagai menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada.

Pada zaman teknologi maklumat di hujung jari ini, manusia terdedah dengan berbagai maklumat dari alam maya tanpa batas sempadan dan budaya. Bagi sesetengah umat Islam tanpa segan silu, mereka mengamalkan apa yang mereka dapati tanpa meneliti adakah ianya bersesuaian dengan kehendak Islam atau sebaliknya apabila menyambut kelahiran anak.

Sedangkan syariat Islam telah menjelaskan segala hukum yang bersangkutan dengan anak yang baharu lahir. Begitu juga apa yang berhubung dengannya dari segi prinsip-prinsip pendidikan, yang penting bagi ibu bapa sebagai pendidik perlu mempunyai ilmu pengetahuan, boleh memahami dengan baik serta mempunyai petunjuk dan hidayat dalam melaksanakan segala kewajipan terhadap anaknya yang baru lahir.


Dengan adanya buku "Akikah dan Perkara-perkara Yang Berkait Dengan Kanak-kanak Baru Lahir" ini, setiap ibu bapa atau penjaga dapat melaksanakan tuntutan Islam terhadap anak yang baru lahir sebagaimana yang dikehendaki dalam syariat Islam dengan sempurna, berdasarkan asas-asas yang telah ditentukan oleh Islam dan juga mengikut prinsip-prinsip yang telah dicorakkan oleh pendidik pertama iaitu Muhammad s.a.w..

Ahad, 3 Januari 2016

Seminar sempena Maulidur Rasul


Seminar sempena Maulidur Rasul
-Hakikat Sambutan Maulidur Rasul
-Siri Qudwah Hasanah-Bagaimana Rasul Seorang Pemandu Kenderaan

Orang Ramai dijemput hadir

Isnin, 7 Disember 2015



Setiap perkara mempunyai sesuatu yang terserlah, manakala keterserlahan hati adalah ingat kepada Allah seberapa banyaknya. Kehidupan seseorang Muslim ia sentiasa berubah-ubah di antara nikmat yang mewajibkan ia bersyukur dan bala yang menyeru kepada kesabaran, dosa dihapuskan dengan istighfar dan kesemuanya itu terhimpun dan dimiliki oleh zikir. Ia mendatangkan nikmat, menolak sengsara, menolak kedukaan, menghidupkan hati, menjauhkan syaitan dan mendapat keredaan ar-Rahman. Zikir adalah ibadat yang sangat mudah, lebih diharapkan, lebih mudah bertambah dan berharga amalan-amalan. Dari itu, orang muslim akan sentiasa berzikir kepada Tuhannya dalam semua keadaan, dengan hatinya, lidah dan perbuatannya. Dalam bentuk berfikir, merenung, ucapan, pengakuan, amalan dan dalam bentuk jihad.

Sesungguhnya Allah, Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi telah memberi taufik kepada saudara kita yang mulia, Muhammad Hasan untuk membaik serta memudahkan  ingatan kepada Allah, ia patut dipuji bersama-sama dengan bukunya. Saya memohon kepada Allah agar ia dapat memanfaatkan saya sendiri dan semua orang-orang muslim dengan melazimkan zikir kepada Allah, Tuhan sekalian alam, dan supaya Dia menjadikan kita semua terdiri daripada golongan yang beriman dan tenang hati mereka dengan berzikir kepada Allah sebagaimana firman Allah:
)  أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ( ] الرعد: 28[.
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
.......................teruskan bacaan dari buku ini untuk maklumat seterusnya...

Isnin, 26 Oktober 2015

Adab-adab seorang Muslim dalam sehari semalam


Di antara intipati dari buku ini
......................................
Sabda Rasulullah r:
عن أنس بن مالك قال : دخل عليه قوم يعودونه  في مرض له، فقال : يا جارية هلمي لأصحابنا ولو بسرا، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « مكارم الأخلاق من أعمال الجنة»[1].
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik t katanya: Satu kaum telah masuk menziarahinya ketika beliau sedang sakit, lalu beliau berkata: Wahai jariah berikanlah kepada sahabat-sahabat kami walaupun sebutir putik kurma kerana saya mendengar Rasulullah r bersabda: Kemuliaan akhlak adalah amalan-amalan syurga.
Sabda Rasulullah r:
فقام أبو بردة بن نيار، فقال: يا رسول الله, الله عز وجل يحب مكارم الأخلاق؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « والذي نفسي بيده، لا يدخل الجنة أحد إلا بحسن الخلق »[2].
Maksudnya:
Abu Burdah bin Niar bangun lalu berkata, wahai Rasulullah r, Allah Azza wajalla menyukai kemuliaan akhlak? Rasulullah r bersabda: Demi jiwaku dalam gengamanNya, tidak masuk syurga seseorang itu melainkan dengan berakhlak baik.

Sabda Rasulullah r:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ.[3]
Maksudnya:
Daripada Jabir t bahawa Rasulullah r bersabda: "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling baik. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolokkan manusia)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab: "Iaitu orang-orang yang sombong."

Daripada hadis-hadis yang dinyatakan di atas, terbukti bahawa akhlak dan adab mulia sangat dituntut dalam syariat Islam. Ianya termasuk amalan syurga. Orang yang berakhlak atau beradab mulia sangat dekat dengan Rasulullah r. Manakala adab-adab dan akhlak mulia itu hendaklah dicontohi daripada Rasulullah r kerana ianya datang daripada Allah Ta'ala. Disamping itu, kita juga diperintahkan untuk mengikut baginda dan itu adalah sebaik-baik ikutan. Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, firman Allah...........seterusnta sila dapatkan buku ini agar dapat dimanfaatkan......


[1] المعجم الأوسط للطبراني
[2] دلائل النبوة للبيهقي
[3] سنن الترمذي