Rabu, 2 Mac 2016
Akikah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan terhadap kanak-kanak baru lahir
Syukur Alhamdulillah kerana
dengan limpah kurniaNya Yayasan Islam Terengganu telah dapat menerbitkan sebuah
buku kecil yang berada di tangan anda ini, ianya mudah dibaca dan difahami isi
kandungannya. Seterusnya diharap isi kandungan buku ini dapat dilaksanakan
dalam kehidupan sebagai seorang muslim bagi yang memerlukannya atau sebagai
menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Pada
zaman teknologi maklumat di hujung jari ini, manusia terdedah dengan berbagai
maklumat dari alam maya tanpa batas sempadan dan budaya. Bagi sesetengah umat
Islam tanpa segan silu, mereka mengamalkan apa yang mereka dapati tanpa
meneliti adakah ianya bersesuaian dengan kehendak Islam atau sebaliknya apabila
menyambut kelahiran anak.
Sedangkan
syariat Islam telah menjelaskan segala hukum yang bersangkutan dengan anak yang
baharu lahir. Begitu juga apa yang berhubung dengannya dari segi
prinsip-prinsip pendidikan, yang penting bagi ibu bapa sebagai pendidik perlu
mempunyai ilmu pengetahuan, boleh memahami dengan baik serta mempunyai petunjuk
dan hidayat dalam melaksanakan segala kewajipan terhadap anaknya yang baru
lahir.
Dengan
adanya buku "Akikah dan Perkara-perkara Yang
Berkait Dengan Kanak-kanak Baru Lahir"
ini, setiap ibu bapa atau penjaga dapat melaksanakan tuntutan Islam terhadap
anak yang baru lahir sebagaimana yang dikehendaki dalam syariat Islam dengan
sempurna, berdasarkan asas-asas yang telah ditentukan oleh Islam dan juga
mengikut prinsip-prinsip yang telah dicorakkan oleh pendidik pertama iaitu
Muhammad s.a.w..
Ahad, 3 Januari 2016
Seminar sempena Maulidur Rasul
Seminar sempena Maulidur Rasul
-Hakikat Sambutan Maulidur Rasul
-Siri Qudwah Hasanah-Bagaimana Rasul Seorang Pemandu Kenderaan
Orang Ramai dijemput hadir
Isnin, 7 Disember 2015
Setiap perkara mempunyai sesuatu yang terserlah, manakala
keterserlahan hati adalah ingat kepada Allah seberapa banyaknya. Kehidupan
seseorang Muslim ia sentiasa berubah-ubah di antara nikmat yang mewajibkan ia
bersyukur dan bala yang menyeru kepada kesabaran, dosa dihapuskan dengan
istighfar dan kesemuanya itu terhimpun dan dimiliki oleh zikir. Ia mendatangkan
nikmat, menolak sengsara, menolak kedukaan, menghidupkan hati, menjauhkan
syaitan dan mendapat keredaan ar-Rahman. Zikir adalah ibadat yang sangat mudah,
lebih diharapkan, lebih mudah bertambah dan berharga amalan-amalan. Dari itu,
orang muslim akan sentiasa berzikir kepada Tuhannya dalam semua keadaan, dengan
hatinya, lidah dan perbuatannya. Dalam bentuk berfikir, merenung,
ucapan, pengakuan, amalan dan dalam bentuk jihad.
Sesungguhnya Allah, Yang
Maha Berkat dan Maha Tinggi telah memberi taufik kepada saudara kita yang
mulia, Muhammad Hasan untuk membaik serta memudahkan ingatan kepada Allah, ia patut dipuji bersama-sama
dengan bukunya. Saya memohon kepada Allah agar ia dapat memanfaatkan saya
sendiri dan semua orang-orang muslim dengan melazimkan zikir kepada Allah,
Tuhan sekalian alam, dan supaya Dia menjadikan kita semua terdiri daripada golongan
yang beriman dan tenang hati mereka dengan berzikir kepada Allah sebagaimana firman Allah:
) أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
( ] الرعد: 28[.
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,
tenang tenteramlah hati manusia.
.......................teruskan bacaan dari buku ini untuk maklumat seterusnya...
Sabtu, 31 Oktober 2015
Isnin, 26 Oktober 2015
Adab-adab seorang Muslim dalam sehari semalam
Di antara intipati dari buku ini
......................................
Sabda Rasulullah r:
عن أنس بن مالك قال : دخل عليه قوم يعودونه في مرض له، فقال : يا جارية هلمي لأصحابنا ولو
بسرا، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « مكارم الأخلاق من أعمال الجنة»[1].
Maksudnya:
Daripada Anas bin
Malik t katanya: Satu kaum telah masuk menziarahinya
ketika beliau sedang sakit, lalu beliau berkata: Wahai jariah berikanlah kepada
sahabat-sahabat kami walaupun sebutir putik kurma kerana saya mendengar
Rasulullah r bersabda: Kemuliaan akhlak adalah
amalan-amalan syurga.
Sabda Rasulullah r:
فقام أبو بردة بن نيار، فقال: يا رسول الله, الله
عز وجل يحب مكارم الأخلاق؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « والذي نفسي بيده، لا يدخل
الجنة أحد إلا بحسن الخلق »[2].
Maksudnya:
Abu Burdah bin Niar bangun
lalu berkata, wahai Rasulullah r, Allah Azza wajalla menyukai kemuliaan akhlak?
Rasulullah r bersabda: Demi jiwaku dalam gengamanNya, tidak
masuk syurga seseorang itu melainkan dengan berakhlak baik.
Sabda Rasulullah r:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ
وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ
وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ
عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ
الْمُتَكَبِّرُونَ.[3]
Maksudnya:
Daripada Jabir t bahawa Rasulullah r bersabda:
"Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat
duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya
paling baik. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh
tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara
(kata-kata tidak bermanfaat dan memperolokkan manusia)." Para
sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak
bicara itu?" Nabi menjawab: "Iaitu orang-orang yang sombong."
Daripada
hadis-hadis yang dinyatakan di atas, terbukti bahawa akhlak dan adab mulia
sangat dituntut dalam syariat Islam. Ianya termasuk amalan syurga. Orang yang
berakhlak atau beradab mulia sangat dekat dengan Rasulullah r. Manakala adab-adab dan akhlak mulia itu
hendaklah dicontohi daripada Rasulullah r kerana ianya
datang daripada Allah Ta'ala. Disamping itu, kita juga diperintahkan untuk
mengikut baginda dan itu adalah sebaik-baik ikutan. Inilah yang dinyatakan oleh
Allah dalam al-Quran, firman Allah...........seterusnta sila dapatkan buku ini agar dapat dimanfaatkan......
Khamis, 10 September 2015
Sembahyanglah kamu sebelum
Buku ini mengaitkan ibadah sembahyang dengan
lain-lain amalan bagi keperluan hidup sebagai hamba Allah Ta'ala di atas muka
bumi ini.
Ibadah sembahyang merupakan tanda ketaatan
dan kesyukuran kita terhadap Allah Ta'ala yang telah melimpahkan berbagai-bagai
kenikmatan dan rahmat. Bahkan
sememangnya kita diciptakan adalah untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada
Allah Ta'ala.
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya:
Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu. Az-Zariyat:56.
Sesungguhnya ibadah sembahyang adalah ibadah
yang utama dan yang terakhir akan ditinggal oleh manusia, ia juga yang
mula-mula sekali akan dihisabkan oleh Allah Ta'ala di akhirat kelak. Jika
sempurna sembahyangnya nescaya ia berbahagia dan beruntunglah. Sebaliknya jika
tidak sempurna ia akan menyesal dan rugilah.
Sabda Rasulullah r:
عَنْ
حُرَيْثِ بْنِ قَبِيصَةَ قَالَ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فَقُلْتُ اللَّهُمَّ يَسِّرْ
لِي جَلِيسًا صَالِحًا قَالَ فَجَلَسْتُ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ إِنِّي
سَأَلْتُ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِي جَلِيسًا صَالِحًا فَحَدِّثْنِي بِحَدِيثٍ
سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَلَّ
اللَّهَ أَنْ يَنْفَعَنِي بِهِ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ
وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ[1]
Maksudnya:
Daripada Huraits bin Qabishah ia berkata; "Aku
datang ke Madinah, lalu aku berdoa, "Ya Allah, mudahkanlah aku untuk
mendapat teman soleh." Huraits bin Qabishah berkata; "Lalu aku dapat berteman
dengan Abu Hurairah, aku kemudian berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku
telah meminta kepada Allah agar memberiku rezeki seorang teman yang soleh, maka
bacakanlah kepadaku hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah r semoga dengannya Allah memberiku manfaat." Maka Abu Hurairah pun
berkata; "Aku mendengar Rasulullah r bersabda: "Pada hari Kiamat nanti, yang pertama akan dihisab oleh
Allah atas amalan seorang hamba adalah sembahyangnya, jika sembahyangnya baik
maka ia akan beruntung dan selamat, tetapi jika sembahyangnya rosak maka ia
akan rugi.
Begitulah kelebihan ibadah sembahyang, jika
ia dikerjakan dengan sebaik-baiknya dan sempurna apatah lagi jika ia dikerjakan
secara berjemaah. Sememangnya sembahyang berjemaah adalah simbol atau tanda
kekuatan perpaduan umat Islam dan sebagai syiar agama Islam di sesuatu tempat.
Oleh itulah Rasulullah r menitikberatkan
supaya sembahyang itu didirikan secara berjemaah kerana pahalanya berlipat
ganda berbanding dengan hanya bersendirian.
Rasulullah r bersabda dalam
sebuah hadis:.............................seterusnya sila dapatkan buku ini untuk maklumat lanjut....
Langgan:
Catatan (Atom)

